malangnya kalau negara disebut bebas beragama tetapi agama lain dihina tanpa sekatan.
malangnya negara disebut bertoleransi dalam agama kalau sebuah perkataan perlu ke mahkamah.
malangnya kalau terus lali dengan kelebihan tanpa ingin memperbaiki kekurangan yang ada.
malangnya kalau agama hanya dimartabatkan dengan dinisbahkan pada bangsa, seolah-olah Islam itu hanya boleh tinggi kalau bangsa itu tinggi.
malangnya kalau hamba berasa diri tuan sedangkan hamba itu dulu hanyalah seorang 'pendatang' juga.
malangnya kalau bandingan yang dibuat hanya dengan negara dunia ketiga, bukankah wujud negara maju?kenapa tiada bandingan dengan negara2 maju. adakah supaya kita terus rasa bersyukur tanpa ada rasa mengukur.
malangnya kalau yang kaya terus dikayakan, yang miskin dianggap memadai dengan wang ihsan 5 tahun sekali.
malangnya seorang melayu yang berjaya kerana akhirnya kejayaannya dikaitkan dengan hak yang diberi bukan kerana usaha diri.
malangnya ahmad, ah wong dan raju yang melarat kerana hak mereka diberi kepada ali, ah peng dan muthu yang lebih ber'hak'.
malangnya Islam hanya pada binaan yang kaku sedangkan yang akan dihitung pada manusia yang mengimarahkan.
malangnya masjid yang hanya berdua pada lima waktu walaupun mahligai indah dihuni beratus orang hanya beberapa meter dari masjid.
malangnya kalau prinsip bertukar apabila berubah hambanya.
malangnya, malangnya.....